Melentur buluh biarlah daripada rebungnya merupakan
peribahasa yang sangat sinonim dalam kehidupan pada zaman moden kini. Peribahasa
ini amat bertepatan jika merujuk pada peranan ibu bapa dalam menerapkan amalan
menabung kepada anak-anak sejak kecil.Sememangnya, amalan menabung sangat
penting dalam menghadapi dunia yang penuh dengan cabaran kini. Tanpa
menabung, ibu bapa akan menghadapi masalah jika anak-anak mereka ingin
melanjutkan pelajaran nanti. Ibu bapa juga akan menghadapi situasi yang
merumitkan jika kecemasan berlaku secara tiba-tiba. Jawapan kepada permasalahan
ini adalah melalui amalan menabung yang seharusnya dilakukan oleh ibu bapa
kepada anak-anak mereka sejak kecil.
Tabiat menabung perlu dipupuk dari awal. Sikap ini mesti diterapkan dalam diri
anak-anak sejak kecil lagi.
• Menabung dikategorikan dalam beberapa
jenis. Di antaranya:
a) Menyimpan wang tunai ke dalam tabung
khas di rumah
b) Membuka akuan simpanan peribadi atau bersama
c) Membuat pelaburan dengan saham amanah
d) Menabung dengan tabung haji
e) Menabung dengan membeli emas fizikal
• Mulakan dengan menabung sikit demi sedikit, berikan kepada anak anda duit syiling dan ajar dia masukkan sendiri dalam tabung setiap hari. Menurut pakar psikologi, sesuatu perbuatan berubah menjadi tabiat atau budaya selepas diamalkan secara tetap selama 21 hari.
b) Membuka akuan simpanan peribadi atau bersama
c) Membuat pelaburan dengan saham amanah
d) Menabung dengan tabung haji
e) Menabung dengan membeli emas fizikal
• Mulakan dengan menabung sikit demi sedikit, berikan kepada anak anda duit syiling dan ajar dia masukkan sendiri dalam tabung setiap hari. Menurut pakar psikologi, sesuatu perbuatan berubah menjadi tabiat atau budaya selepas diamalkan secara tetap selama 21 hari.
• Apabila tabung sudah penuh, ajak anak
mengira jumlah wang dalam tabung bersama-sama supaya anak dapat menilai hasil
tabungan dia selama ini. Ini akan merangsang anak anda untuk minat menabung
yang berikutnya. Hasil tabungan ini juga merupakan hadiah untuk mereka. Kemudian
tukar duit tabungan itu kepada sesuatu yang lebih berharga seperti emas
fizikal. Jadikan amalan untuk
menukar duit tabungan mereka kepada sekurang-kurangnya 1gram emas setiap bulan.
• Anda mungkin tidak dapat melihat dalam waktu yang singkat, tetapi apabila anda melihat jumlah simpanan anda dan nilai emas yang disimpan beberapa tahun selepas itu, anda akan lebih bersemangat untuk menyimpan untuk kegunaan peribadi dan keluarga.
No comments:
Post a Comment