Wednesday, 7 November 2012

4 KISAH PASANGAN YANG MENGGUNAKAN DINAR EMAS SEBAGAI MAS KAWIN


KEGUNAAN DINAR 

Mas kahwin atau mahar (Arab: مهر‎) ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Dalam masyarakat Melayu, ia disebut sebagai mas kahwin – mungkin merujuk kepada pemberian dalam bentuk cincin emas. Mas kahwin adalah ibadat yang diwajibkan dan terkandung dalam rukun nikah. ~ wikipedia

Masyarakat perlu bijak untuk membezakan antara perkara yang melibatkan adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu danibadat yang dituntut dalam Islam.

“Perkara pokoknya, mas kahwin ialah ibadat yang diwajibkan dan terkandung dalam rukun nikah, sementara nilai wang hantaran adalah adat dalam istilah perkahwinan orang Melayu.


Kisah 1: M.Nasir dan Marlia Musa pada tahun 2000 .

Kisah ini menjadi kisah contoh kepada pasangan yang ingin mendirikan perkahwinan. Apa yang uniknya dalam majlis akad nikah itu ialah M.Nasir memilih untuk menggunakan wang dinar emas sebagai bayaran mas kahwinnya kepada pengantin perempuan.

Tiga belas keping wang dinar emas bernilai RM2,000 menjadi bukti penyatuan kedua-dua mereka. ~ utusan
 Seperti yang dilakukan oleh M.Nasir ketika menikahi Marlia Musa 12 tahun yang lalu, pada masa itu nilai tiga belas keping dinar emas hanya bernilai RM 2,000.00.
 Jika standard dinar tersebut mengikut piawaian Saidina Umar Al Khatab iaitu 1 dinar bersamaan 4.25g emas 916 (22 karat) ,maka harga bagi 1 dinar masa itu adalah RM153 ,dan hari ini harga 1 dinar adalah RM800, maka jumlah keseluruhannya hari ini telah bernilai RM10,400.00. Dan hari ini dengan RM2000 anda hanya mampu membeli 2 ½  dinar emas sahaja.



KISAH 2 : Pada 27 Jun, 2009. Pasangan Dang Suria dan Ad Samad selamat diijab kabulkan sebagai suami isteri yang sah.

HANYA dengan sekali lafaz,
pengacara rancangan Awani Pagi dan bekas pembaca berita TV3, Dang Suria Zainordin, 37, atau Dang Suria sah menjadi isteri kepada penulis lirik prolifik Ahmad Shah Adrian Samad, 40, atau Ad Samad pada majlis pernikahan di rumah kakak pengantin perempuan di Kota Damansara pada Sabtu lalu.

Tepat jam 9 malam, pasangan ini selamat dinikahkan Pengawai Penolong Pendaftar Nikah, Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kota Damansara, Petaling Jaya, Mohd Arip Johdi.


Pada majlis itu, Ad Samad turut menyerahkan mas kahwin kepada Dang Suria berupa 1 dinar emas berserta hantaran lima dulang berbalas tujuh termasuk cincin perkahwinan disarungkan pasangan ini sewaktu majlis membatalkan air sembahyang.

Mempelai kelihatan manis dalam persalinan yang direka khas Putera dari Butik Cosry dan sebaik pernikahan selesai, diteruskan dengan majlis resepsi.
Majlis berlangsung dalam suasana ringkas, tetapi cukup meriah dengan dihadiri keluarga rapat dan sahabat handai.
Turut hadir Baharudin Omar atau lebih dikenali Anjang Aki yang bertindak sebagai wakil tuan rumah bagi memastikan majlis dapat dijalankan dengan lancar dengan disaksikan Datuk Aziz Sattar dan Datuk Ismail Hudson.



KISAH 3 : Redza Syah Azmeer dan Irma Hasmie

"Aku terima nikahnya Irma Hasmie binti Ibrahim dengan mas kahwin nya 3 dinar tunai "Tepat jam 3.55 petang, Redza Syah Azmeer dan Irma Hasmie selamat dinikahkan dengan sekali lafaz oleh bapa Irma Hasmie dengan mas kahwin sebanyak 3 Dinar tunai. Majlis pernikahan pasangan mempelai ini telah berlangsung di Dewan Persidangan Putrajaya dan Irma Hasmie telah diwalikan oleh bapanya dan 2 orang saksi.

Majlis ini telah dimeriahkan dengan kehadiran lebih kurang 400 orang tetamu termasuk rakan-rakan, ahli keluarga dan saudara terdekat.
Pihak lelaki iaitu Redza yang memakai baju rekaan Ezuwan Ismail telah menerima 13 dulang hantaran berupa jam, set mandian, laptop, manisan, kek, kurma, dompet, kacamata, minyak wangi, sejadah, Al-Quran, sireh junjung dan cincin kahwin manakala Irma Hasmie yang mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat Couture telah menerima 11 dulang hantaran berupa jam tangan, kek, manisan, set penjagaan kulit, set mandian, tas tangan, kain, coklat, sireh junjung, wang hantaran dan cincin.
Turut hadir di majlis pernikahan ini termasuklah selebriti Diana Amir, Misha Omar dan Heliza Helmi sebagai pengacara.
Majlis resepsi Redza Syah Azmeer & Irma Hasmie akan berlangsung pada 1 Julai, Ahad ini di MAEPS, Serdang jam 8 malam.


KISAH 4 : Ihsan Sabri & Syazana.. Kisah ku sendiri. 

Alhamdulillah..Kami telah diijab kabulkan oleh bapa Syazana sendiri pada jam 9.00 malam,  tanggal 7 Julai 2012 di Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Perasaan sangat-sangat bersyukur. Lafaz nikah yang saya ucapkan pada malam itu "Saya terima nikah Syazana Binti Yaacob dengan mas kahwin 3 dinar emas tunai".




Penggunaan dinar dan dirham sebagai mas kahwin dan hantaran kahwin di Malaysia masih tidak meluas tetapi yang pasti sudah ada individu yang menyebarkan dahwah Islam dalam akad nikah dengan menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin. Walaupun mereka tidak mampu berdiri dihadapan orang ramai untuk menyebarkan Islam, tetapi mereka ada cara tersendiri untuk berdakwah

Tawarkanlah dinar emas sebagai mahar dan hadiah perkahwinan anda dan berikanlah kepada si dia sesuatu yang mempunnyai nilai sebenar..Jika anda ingin dapatkan dinar emas boleh hubungi saya di talian 012 6176464




Kredit to JutawanGSR.com

No comments:

Post a Comment