Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih dikenali
sebagai‘Ayat 1000 Dinar’ merupakan amalan yang masyhur
dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri.
Ramai yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT
mengurniakan kemurahan rezeki, kemudahan danpenyelasaian masalah. Tetapi
haruslah mengamalkannya secara beristiqamah.
.
.
Hikmah Ayat 1000 Dinar.
Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:
1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak
disangka-sangka.
2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan,kezaliman dan bencana alam.
4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan,kezaliman dan bencana alam.
4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sejarah Dinamakan 1000 Dinar
Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi
didatangi Nabi Khidir. Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk
bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi yang
sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi yang beliau alami itu adalah
benar. Pedagang itu pun bersedekah wang sebanyak 1000
dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang
tersebut bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah
akan pedagang itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu
beramallah pedagang dengan ayat berkenaan.
.
Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi
berdagang ke suatu tempat yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu
menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia dilandaangin taufan yang
sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu hanyalah
bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah
diajarkan Nabi Khidir.
Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua
penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah
reda angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri
bersama barang dagangannya yang tidak rosakwalau sedikitpun. Sambil
menadah tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf
akan kebesaran ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil
keputusan untuk tinggal di negeri tersebut.
Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan
berniaga dengan penduduk negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3
surah at-Talaq, sehinggalah beliau diangkat menjadi raja di
negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). Begitulah kisahnya,
sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat 1000
dinar.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pendapat Ulama’
Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar.
Para ulama’ menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan
atau keuntungan. Walaupun terdapat perselisihan dan tentangan dari para alim
ulama’ akan kelebihan dan kesahihan sumbernya, kerana tidak ada dalil dari
al-Quran atau hadis.
Begitu pun beramal dengan ayat-ayat Allah tidak akan
merugikan sesiapa bahkan Allah SWT akan mengurniakannya dengan kelebihan yang
banyak.
Apabila diperhatikan kepada makna setiap ayat, memang tepat
dan benar bahawa ayat ini amat penting untuk diamalkan oleh setiap umat Islam,
agar lebih tinggi kebergantungan seseorang itu kepada Allah SWT dalam setiap
tindak tanduk dan perbuatan.
Ayat tersebut mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa
dan bertawakkalkepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan. Hanya
Allah yang Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari
sebarang masalah dalam hidup setiap hambaNya. Jika keyakinan itu disematkan
dihati dan fikiran maka sudah tentu Allahlah tempat penentu kesudahan.
No comments:
Post a Comment